Saturday, July 24, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU – Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp) memperkenalkan inisiatif Bantuan Awal Pendidikan.

Inisiatif tersebut diperkenalkan bagi membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan ibu bapa serta penjaga semasa pendaftaran anak mereka ke institusi pengajian tinggi (IPT) sementara menunggu pinjaman pendidikan dan biasiswa yang diluluskan.

Sejak dilancarkan pada 2017 hingga Jun lalu, lebih 800 penuntut dari seluruh negara telah menerima manfaat menerusi bantuan ini yang melibatkan jumlah RM330,000.

Inisiatif Yayasan JCorp tersebut menyasarkan penerima dalam kumpulan keluarga B40 dan purata pendapatan isi rumah di bawah RM800 berdasarkan jumlah tanggungan keluarga.

Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd. Sani berkata, bantuan awal pendidikan itu diberikan berdasarkan syarat kelayakan pendapatan bulanan isi rumah.

“Bantuan ini terbuka kepada penuntut warganegara Malaysia yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat sijil, diploma, sarjana muda dan sarjana di IPT secara sepenuh masa dengan masing-masing layak menerima bantuan sebanyak RM700 dan RM1,000.

Setiap permohonan bantuan yang diterima akan melalui proses saringan oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan.

“Kami berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa serta keluarga penuntut yang terjejas akibat pandemik Covid-19 untuk membiayai kos permulaan pengajian anak mereka ke universiti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Maklumat lanjut mengenai bantuan pendidikan Yayasan JCorp tersebut, pemohon boleh melayari laman web Yayasan JCorp: http://www.yayasanjcorp.com.my/. Permohonan secara dalam talian juga boleh dibuat menerusi Facebook Page Yayasan JCorp: https://www.facebook.com/yayasanjohorcorporation/. – VOICE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

MANA PERGINYA RM20 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA? – EBIT LEW

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia...

PROTON LANCAR EDISI KHAS X70

PETALING JAYA: Proton melancarkan edisi khas X70 dengan ciri-ciri mewah bersama warna istimewa. Menurut Proton, X70 edisi khas mempunyai spesifikasi sama dengan varian Premium...

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu...

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp)...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks