Saturday, July 24, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu pada kedudukan 0.4 batu nautika barat daya Pulau Merambong, semalam.

Pada mulanya pihak maritim melaksanakan rondaan Op Jaksa di perairan Tanjung Pelepas dan mengesan sebuah bot kayu dalam keadaan mencurigakan pada jam 3 pagi.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, apabila menyedari bot ronda Maritim Malaysia mendekati, seorang suspek yang memandu bot kayu itu bertindak memecut menuju ke kawasan cetek sebelum melarikan diri ke arah paya bakau berhampiran.

“Bot kayu tanpa nombor pendaftaran yang ditinggalkan suspek itu menggunakan enjin sangkut jenama Suzuki 15 kuasa kuda dan dalam pemeriksaan, kita menemukan empat bungkusan plastik berisi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu.

“Dadah itu disorokkan dalam sebuah tong minyak dengan setiap bungkusan dianggarkan seberat satu kilogram. Berat dadah tersebut semuanya kira-kira empat kilogram,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bot kayu serta enjin ditunda ke Jeti Maritim Sungai Pulai, manakala empat bungkusan disyaki dadah dibawa ke Ibu pejabat Maritim Negeri Johor untuk siasatan lanjut.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM215,000.

Sebarang aduan mengenai jenayah maritim di perairan Johor boleh hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian hotline 07- 219 9404 yang beroperasi atau talian kecemasan MERS 999. – VOICE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

MANA PERGINYA RM20 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA? – EBIT LEW

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia...

PROTON LANCAR EDISI KHAS X70

PETALING JAYA: Proton melancarkan edisi khas X70 dengan ciri-ciri mewah bersama warna istimewa. Menurut Proton, X70 edisi khas mempunyai spesifikasi sama dengan varian Premium...

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu...

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp)...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks