Saturday, July 24, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 2 DOS PFIZER, ASTRAZENECA BERKESAN LAWAN VARIAN DELTA

2 DOS PFIZER, ASTRAZENECA BERKESAN LAWAN VARIAN DELTA

LONDON: Dua dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer atau AstraZeneca hampir sama berkesan terhadap varian Delta yang sangat mudah menjangkiti, menurut satu kajian diterbitkan semalam.

Vaksin berkenaan dilaporkan sangat berkesan terhadap varian Delta yang dominan di seluruh dunia walaupun kajian menegaskan bahawa satu suntikan vaksin tidak cukup untuk memberikan perlindungan maksimum.

Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine itu sekali gus mengesahkan penemuan utama oleh Kesihatan Awam England (PHE) pada Mei mengenai keberkesanan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan Oxford-AstraZeneca, berdasarkan data nyata.

Kajian mendapati keberkesanan dua dos vaksin Pfizer mencecah 88 peratus bagi jangkitan bergejala daripada varian Delta, berbanding 93.7 peratus terhadap varian Alpha, sama seperti dilaporkan sebelumnya.

Dua dos vaksin AstraZeneca pula berkesan sebanyak 67 peratus terhadap varian Delta, meningkat berbanding laporan sebelum ini, manakala 74.5 peratus berkesan terhadap varian Alpha, juga meningkat berbanding jangkaan keberkesanan 66 peratus.

“Hanya perbezaan sederhana dalam keberkesanan vaksin yang dicatat dengan varian Delta dibandingkan dengan varian Alpha selepas penerimaan dua dos vaksin,” menurut catatan penyelidik PHE dalam kajian itu.

PHE sebelum ini mengatakan dos pertama daripada salah satu vaksin adalah sekitar 33 peratus berkesan terhadap jangkitan bergejala varian Delta.

Kajian penuh diterbitkan semalam mendapati satu dos suntikan Pfizer adalah 36 peratus berkesan, manakala 30 peratus berkesan bagi satu dos vaksin AstraZeneca. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

MANA PERGINYA RM20 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA? – EBIT LEW

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia...

PROTON LANCAR EDISI KHAS X70

PETALING JAYA: Proton melancarkan edisi khas X70 dengan ciri-ciri mewah bersama warna istimewa. Menurut Proton, X70 edisi khas mempunyai spesifikasi sama dengan varian Premium...

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu...

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp)...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks