Saturday, July 24, 2021
No menu items!
Home Kerohanian Agama NIKAH ONLINE AKAN DIBENARKAN?

NIKAH ONLINE AKAN DIBENARKAN?

Foto: hiasan

KOTA BHARU: Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan membenarkan majlis akad nikah dilakukan secara dalam talian sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata setakat ini majlis akad nikah dalam talian masih tidak dibenarkan secara meluas.

Bagaimanapun beliau berkata proses itu perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama negeri.

“Akad nikah dalam talian yang dibenarkan adalah kepada mereka yang sudah lama mendaftar sebelum pelaksanaan PKP.

“Mereka yang mendaftar dalam tempoh PKP, kita akan lihat pada kes dan sekiranya tindakan itu perlu, kita akan membawa perkara berkenaan untuk perbincangan.

“Apa yang penting, kita tidak menyalahgunakan akad nikah dalam talian dan ia mesti dibuat berdasarkan keperluan. Jika pasangan daftar sebelum PKP, memang kita benarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bakul makanan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Marzuk mengagihkan 3,000 bakul makanan kepada penduduk di Parlimen Pengkalan Chepa, manakala 3,000 bakul makanan lagi sudah diagihkan sebelum ini. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

MANA PERGINYA RM20 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA? – EBIT LEW

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia...

PROTON LANCAR EDISI KHAS X70

PETALING JAYA: Proton melancarkan edisi khas X70 dengan ciri-ciri mewah bersama warna istimewa. Menurut Proton, X70 edisi khas mempunyai spesifikasi sama dengan varian Premium...

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu...

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp)...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks