Saturday, July 24, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 15 MP DICURI, UMNO MASIH SOKONG PN, TAK ADIL LAGIKAH? - JOHARI

15 MP DICURI, UMNO MASIH SOKONG PN, TAK ADIL LAGIKAH? – JOHARI

KUALA LUMPUR: Pihak yang mengkritik UMNO kerana mendakwa sikap ‘tarik tali’ parti itu menjadi punca kerajaan Perikatan Nasional (PN) berada dalam keadaan tidak stabil perlu mencermin diri mereka sendiri.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menarik perhatian bagaimana UMNO pada Mac 2020 memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang pada waktu itu PN belum ditubuhkan kerana merasakan beliau yang paling senior.

“Kemudian enam bulan selepas itu, Tan Sri Muhyiddin wujudkan PN, UMNO tidak bersetuju, tapi UMNO tidak pernah menentang. Malah pada ketika itu telah termaktub Muafakat Nasional (MN) dengan Pas, kita pun tidak marah Pas sertai PN.

“Kalau you tengok, gentleman (budiman) atau tak UMNO ini, 15 ahli Parlimen kita kena curi pergi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ada kita peduli? Kita masih sokong PN dan bajet yang dibentangkan pada Oktober 2020 disokong oleh semua MP UMNO. Tak adil lagikah,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata, tindakan Bersatu itu menyebabkan daripada 54 kerusi yang dimenangi ahli Parlimen dari UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sekarang hanya tinggal 38 kerusi di Dewan Rakyat setelah mengambil kira kekosongan di Gerik berikutan kematian penyandangnya, Hasbullah Osman.

“Kalau ditanya kedudukan UMNO dalam PN. Dari mula ditubuhkan PN, UMNO tak pernah sertai. Kita menyokong, disebabkan kita mengambil maklum keadaan hari ini tidak mengizinkan pilihan raya diadakan,” jelasnya.

Katanya, langkah terbaharu UMNO hanya menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, tetapi kerajaan PN boleh berjalan terus. Menteri-menteri UMNO boleh teruskan perkhid­matan mereka selagi diperlukan

“Sejak kebelakangan ini, UMNO tak sokong (Muhyiddin) kenapa? Kerana kita te­ngok kegagalan yang berlaku hari ini, kemungkinan masalah kepimpinan.

“Kita tak menyokong, bukan sebab kita nak gagalkan PN. Kita nak minta dalam kala­ngan ahli-ahli Parlimen dalam PN ini, tak adakah orang lain yang boleh ambil jawatan PM untuk mengendalikan krisis negara ini dengan lebih cekap memandangkan sudah 17 bulan krisis pandemik Covid ini berterusan dan gagal dikendalikan dengan baik,” jelas beliau. – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

MANA PERGINYA RM20 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA? – EBIT LEW

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia...

PROTON LANCAR EDISI KHAS X70

PETALING JAYA: Proton melancarkan edisi khas X70 dengan ciri-ciri mewah bersama warna istimewa. Menurut Proton, X70 edisi khas mempunyai spesifikasi sama dengan varian Premium...

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu...

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp)...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks