Saturday, July 24, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara PM, KABINET PATUT LETAK JAWATAN - GBMRM

PM, KABINET PATUT LETAK JAWATAN – GBMRM

KUALA LUMPUR – Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya untuk mengundur secara terhormat sebelum 16 Julai ini.

Koordinator GBMRM, Mustafa Mansor berkata, ia kerana kerajaan kini dilihat gagal mengawal pandemik Covid-19 dengan kes positif terus tinggi sehingga mencatatkan rekod terbaru semalam.

Menurutnya, jika peluang masih diberikan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikhuatiri akan lebih ramai rakyat yang akan terkorban akibat wabak tersebut.

“Rakyat sudah bagi masa yang cukup panjang kepada kerajaan Muhyiddin. Semalam pun dah 11,000 kes dan kita lihat kematian bertambah begitu juga kadar bunuh diri yang sudah tidak terkawal.

“Sudah sampai masanya kerajaan yang tiada keabsahan ini untuk berundur secara terhormat, bukan lagi diminta parti politik tetapi badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menyerahkan memorandum rakyat Malaysia kepada wakil pihak istana di luar Pintu 3 Istana Negara pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, sudah tiba masanya kerajaan PN memberi laluan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai majoriti di Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Jelasnya, ia kerana kerajaan kini sudah tidak lagi mendapat majoriti susulan penarikan sokongan oleh UMNO pada Khamis lepas. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

MANA PERGINYA RM20 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA? – EBIT LEW

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia...

PROTON LANCAR EDISI KHAS X70

PETALING JAYA: Proton melancarkan edisi khas X70 dengan ciri-ciri mewah bersama warna istimewa. Menurut Proton, X70 edisi khas mempunyai spesifikasi sama dengan varian Premium...

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu...

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp)...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks