Saturday, July 24, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa UAS TOLAK UJIAN SARINGAN COVID-19

UAS TOLAK UJIAN SARINGAN COVID-19

JAKARTA – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mengaku pernah mengalami gejala Covid-19 tetapi tidak menjalani sebarang ujian saringan, lapor Suara.com semalam.

Menurut UAS, apabila ada yang bertanya sama ada dia pernah dijangkiti Covid-19, dia tidak tahu tetapi ada mengalami gejala serupa.

Kata UAS, pada waktu itu, dia kehilangan deria bau, sakit badan dan kepala selepas pulang dari luar bandar baru-baru ini.

“Saya tidak boleh bau durian, tulang-tulang dalam badan seperti mahu patah dan kepala saya seperti dihempap batu berat.

“Namun saya tidak pernah pergi ke hospital untuk menjalani ujian saringan kerana bagi saya, sakit Covid-19 bukan satu hukuman. Setiap yang hidup pasti akan mati, jadi saya jalani hidup apa adanya,” katanya.

Baru-baru ini, UAS pernah mencetuskan kontroversi apabila mengecam tindakan kerajaan Indonesia menutup masjid di kawasan yang dikenakan perintah berkurung dan mengatakan agama dijadikan kambing hitam dalam perang melawan pandemik. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

MANA PERGINYA RM20 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA? – EBIT LEW

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia...

PROTON LANCAR EDISI KHAS X70

PETALING JAYA: Proton melancarkan edisi khas X70 dengan ciri-ciri mewah bersama warna istimewa. Menurut Proton, X70 edisi khas mempunyai spesifikasi sama dengan varian Premium...

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu...

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp)...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks