Saturday, July 24, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara HENTI BERPOLITIK, FOKUS TANGANI COVID-19

HENTI BERPOLITIK, FOKUS TANGANI COVID-19

KUALA LUMPUR: Pemimpin politik perlu memberi fokus kepada usaha memerangi COVID-19 dan berusaha membantu rakyat yang terkesan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pandemik ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata usaha memerangi COVID-19 tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan, memandangkan penularan jangkitan boleh berlaku di mana-mana.

“COVID-19 tidak mengenal ahli parti mana. Ahli DAP, PKR, UMNO, BERSATU, PAS, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) boleh kena.

“COVID-19 tidak terkecuali dan tidak mempunyai kekebalan kepada pihak tertentu. Ini merupakan satu peperangan bersama rakyat,” katanya pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Pantai Dalam di sini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Dalam lawatan itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan turut meluangkan masa sekitar satu jam dan diberi taklimat oleh pasukan keselamatan mengenai operasi dan penyelarasan aktiviti PKPD di kawasan terbabit.

PKPD PPR Kerinchi membabitkan lebih 6,800 penghuni yang mendiami 1,896 unit kediaman.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, semua pihak perlu bersatu dan bersama memerangi COVID-19 serta menghentikan segala bentuk tindakan yang boleh menjejaskan usaha pemulihan negara.

“Janganlah kita berpolitik sebab rakyat sedang kesusahan. Mereka perlukan fokus sepenuhnya bukan saja kerajaan tapi parti politik. Kerajaan berpandangan COVID-19 adalah isu yang merentasi fahaman politik,” katanya.

Menyentuh peningkatan kes COVID-19 ketika ini, beliau berkata, saringan besar-besaran dan bersasar yang dilakukan di kebanyakan kawasan PKPD di Selangor dan Wilayah Persekutuan menyaksikan kes harian tinggi.

“Kenaikan ini memang dijangka oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Saringan besar-besaran ini menyumbang kepada kenaikan kes positif baharu. Sekarang kerajaan sedang berusaha untuk menambah bilangan katil untuk rawatan mereka yang disahkan positif,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) di setiap negeri dan daerah bagi membolehkan ia diselaraskan di semua peringkat.

“Memang agak sukar sebab dalam SOP ada daerah boleh lakukan terutama berkait peralihan fasa satu dan fasa dua.

“Saya akan bincang (bersama Majlis Keselamatan Negara) dan Perdana Menteri bersetuju saya melihat perkara ini dengan lebih teliti bagi membantu permudahkan urusan pergerakan termasuk NGO yang menyalurkan bantuan kepada rakyat,” katanya. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

MANA PERGINYA RM20 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA? – EBIT LEW

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia...

PROTON LANCAR EDISI KHAS X70

PETALING JAYA: Proton melancarkan edisi khas X70 dengan ciri-ciri mewah bersama warna istimewa. Menurut Proton, X70 edisi khas mempunyai spesifikasi sama dengan varian Premium...

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu...

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp)...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks