Saturday, July 24, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa VARIAN LAMBDA LAGI BAHAYA, CEPAT MEREBAK

VARIAN LAMBDA LAGI BAHAYA, CEPAT MEREBAK

LONDON: Varian terbaru COVID-19 yang lebih berbahaya dilaporkan di United Kingdom (UK), malah saintis tidak dapat beri jaminan sama ada vaksin sedia ada mampu mengawalnya.

Pakar kesihatan antarabangsa bimbang bahawa mutasi varian Lambda yang jarang ditemui itu mungkin kebal terhadap vaksin.

Varian Lambda, yang dikenali sebagai C.37, pertama kali dikesan di Peru dan mengakibatkan jangkitan lebih 80 peratus kes di negara itu.

Satu kajian di University of Chile, Santiago, melihat pengaruh Lambda terhadap pekerja yang sudah menerima dua dos Vaksin CoronaVac China.

Nick Cater dari Pusat Penyelidikan Menzies, berkata faktor ketakutan terhadap COVID-19 kini di luar kawalan selepas tinjauan menunjukkan wujud purata 38 peratus peluang kehilangan nyawa akibat varian Delta.

“Penelitian menunjukkan Lambda lebih mudah menular berbanding varian Gamma dan Alpha selain lebih berupaya melawan antibodi yang dihasilkan oleh vaksin.

“Kami melihat peningkatan keupayaan jangkitan yang didorong lonjakan protein Lambda yang lebih tinggi berbanding varian D614G atau Alpha dan Gamma.

“Buat pertama kali, data kami juga menunjukkan mutasi dalam lonjakan protein varian Lambda meningkatkan keupayaan jangkitan dan menangkis antibodi yang dihasilkan vaksin virus CoronaVac,” katanya.

Seorang doktor mikrobiologi molekul di Universiti Cayetano Heredia di Lima, Peru, Pablo Tsukayama, mengatakan varian Lambda menyebar lebih cepat berbanding varian sebelumnya.

“Kami mempunyai 200 jangkitan varian Lambda pada Disember dan menjelang akhir Mac, jumlahnya merangkumi separuh daripada sampel yang diambil di Lima.

“Sekarang, tiga bulan kemudian, kami melihat varian Lambda dalam lebih daripada 80 peratus semua jangkitan di seluruh negara.

“Lambda menjadi varian dominan di Peru dalam jangka masa yang sangat singkat,” katanya kepada DW News.

Setakat ini, varian Lambda sudah menular ke 27 negara termasuk UK, sekali gus menimbulkan kebimbangan ketika negara itu berharap untuk kembali kepada kehidupan biasa pada 19 Julai ini. – AGENSI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

MANA PERGINYA RM20 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA? – EBIT LEW

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia...

PROTON LANCAR EDISI KHAS X70

PETALING JAYA: Proton melancarkan edisi khas X70 dengan ciri-ciri mewah bersama warna istimewa. Menurut Proton, X70 edisi khas mempunyai spesifikasi sama dengan varian Premium...

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu...

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp)...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks