Saturday, July 24, 2021
No menu items!
Home Sukan Bola Sepak LATIHAN HARIMAU MALAYA BERINTENSITI RENDAH?

LATIHAN HARIMAU MALAYA BERINTENSITI RENDAH?

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuding jari terhadap skuad kebangsaan yang melakukan latihan berintensiti rendah sehingga menjadi punca ayam tambatannya, Safawi Rasid hilang taring.

Tunku Mahkota Johor memberitahu, perkara sama turut berlaku kepada pemain lain apabila pulang ke pasukan setelah dipanggil menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.

Biarpun dikritik hebat sele­pas bergelut untuk memberikan persembahan yang terbaik, Tunku Ismail tetap mempertahankan Safawi dan menjelaskan JDT dalam proses membantu memperbaiki prestasi pemain kelahiran Terengganu itu.

“Lepas pulang daripada Portugal, dia banyak menjaringkan (gol). Dalam aksi pertama iaitu perlawanan Sumbangsih dia sudah menjaringkan gol. Selepas itu dia alami kecederaan, namun masih temui sentuhan penyudah selepas pulih.

“Belum pulih 100 peratus da­ripada kecederaan, jurulatih (Tan Cheng Hoe) mengambilnya untuk sertai Harimau Malaya. Kesan daripada latihan intensiti rendah, sampai sekarang prestasinya masih menurun.

“Sekarang kami kena perbaiki dia macam kami kena bantu setiap pemain menyertai pasukan kebangsaan bagi menjalani latihan pusat macam pergi makan angin,” kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail berkata demi­kian menerusi komen di Instagram ekorharimaumalaya yang menyifatkan persembahan Safawi kurang memberangsangkan pada aksi Liga Juara-Juara bertemu Ratchaburi, semalam.

Pada perlawanan itu, Safawi masuk sebagai pemain gantian menggantikan Akhyar Rashid namun kemasukannya dilihat ga­gal memberi impak.

Ketika menyertai skuad kebangsaan baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), penyerang berusia 24 tahun itu menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti membantu pasukan menang 1-0 ke atas Thailand.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

MANA PERGINYA RM20 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA? – EBIT LEW

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia...

PROTON LANCAR EDISI KHAS X70

PETALING JAYA: Proton melancarkan edisi khas X70 dengan ciri-ciri mewah bersama warna istimewa. Menurut Proton, X70 edisi khas mempunyai spesifikasi sama dengan varian Premium...

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu...

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp)...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks