Saturday, July 24, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai bayaran nafkah penjagaan anaknya, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Tindakan melulu lelaki itu bagaimanapun dibalas dengan kebaikan apabila bekas isteri dan anaknya mendermakan wang itu kepada pusat bantuan keganasan rumah tangga.

Anaknya, Avery Sanford berkata, ketika kejadian, bapanya tiba di hadapan rumah dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV).

“Dia berhenti dan memusingkan SUV itu ke arah belakang dan melonggokkan duit syiling di atas jalan.

“Ibu saya menyaksikan kejadian tersebut dan bertanyakan kepada bapa saya tentang tindakannya.

“Dia kemudian memberitahu bahawa wang itu adalah untuk nafkah perbelanjaan kami yang terakhir,” ujar Avery.

Dia berkata, ibunya kemudiannya mengumpulkan duit syiling tersebut menggunakan sebatang penyodok.

“Dia bukan sahaja memalukan ibu, malah saya dan kakak saya. Amat menyedihkan kerana dia tidak berfikir dahulu sebelum bertindak ,” kata Avery.

Dalam pada itu, lelaki tersebut dalam satu temu bual bersama stesen televisyen WTVR berkata, dia mengaku melakukan perbuatan itu kerana didorong oleh kekecewaannya selama 18 tahun.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bermaksud untuk merosakkan hubungan dengan anaknya meskipun dipengaruhi dengan emosi ketika melakukan perbuatan itu. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

MANA PERGINYA RM20 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA? – EBIT LEW

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia...

PROTON LANCAR EDISI KHAS X70

PETALING JAYA: Proton melancarkan edisi khas X70 dengan ciri-ciri mewah bersama warna istimewa. Menurut Proton, X70 edisi khas mempunyai spesifikasi sama dengan varian Premium...

4 KG SYABU DISOROK DALAM TONG MINYAK

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tong minyak selepas menggeledah sebuah bot kayu...

YAYASAN JCORP BERI BANTUAN AWAL PENDIDIKAN PENUNTUT IPT

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membela nasib penuntut, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp)...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks