Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Kerohanian Agama JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi pelancongan sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, berkata penawaran pakej sedemikian amat meragukan, kerana ia ditawarkan walaupun dalam tempoh negara dilanda wabak COVID-19 serta sekatan pergerakan penuh yang dikuatkuasakan kerajaan.

Beliau berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan Tabung Haji sebelum ini ada menyebut bahawa status pelaksanaan ibadah haji bagi tahun ini masih belum dapat dipastikan berikutan kerajaan masih menunggu kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Secara keseluruhan, PDRM melihat tindakan segelintir agensi pelancongan mengiklankan pakej haji, umrah mahupun badal haji bagi tahun 2021 adalah satu tindakan pramatang serta mungkin satu penipuan.

“Justeru, PDRM ingin mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dan membuat semakan sewajarnya dengan agensi kerajaan berkaitan sebelum membuat bayaran dan menyertai paker ditawarkan.

“Mereka yang berminat menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tahun ini diingatkan untuk sentiasa peka dengan perkembangan dan arahan terkini dikeluarkan kerajaan berkaitan sekatan perjalanan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi Cawangan Madinah (PERSADA) melalui siaran media menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengenai perkhidmatan badal haji boleh dilaksanakan pelajar Malaysia di sana tanpa permit atau lesen haji.

Menurut PERSADA, pelaksanaan ibadah haji adalah berdasarkan kuota dan prosedur ditetapkan Arab Saudi malah harga perkhidmatan badal termasuk kos permit, penginapandan pengangkutan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 adalah tidak munasabah.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh djalankan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penipuan pakej haji, umrah dan badal haji.

“Sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebatan atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan terhadap pesalah yang terlibat,” katanya. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks