Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara SOLIDARITI PENJAWAT AWAM PERANGI COVID-19

SOLIDARITI PENJAWAT AWAM PERANGI COVID-19

KUALA LUMPUR: Sumbangan penjawat awam melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) membuktikan kebersamaan mereka menggalas tanggungjawab bersama kerajaan memerangi pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata solidariti itu juga cerminan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan petugas barisan hadapan yang berusaha tanpa henti, untuk membendung dan melindungi orang ramai daripada jangkitan wabak itu.

Katanya, sumbangan oleh penjawat awam tidak termasuk petugas barisan hadapan dan kakitangan kerajaan Gred 1 hingga 28, akan dimasukkan ke Akaun Amanah Bencana COVID-19.

“Terima kasih penjawat awam. Saya amat menghargai dan menyambut baik solidariti penjawat awam yang turut serta memberi sumbangan kepada negara bagi memerangi COVID-19 melalui potongan ITK dan ITKA.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua kakitangan awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun menguruskan pandemik COVID-19 ini,” katanya dalam catatan di Facebook rasmi beliau.

Selain itu, Perdana Menteri turut mendoakan agar semua penjawat awam tanpa mengira peranan dalam perjuangan memerangi COVID-19 akan terus diberkati Allah SWT.

“Semoga kita semua dan Malaysia dilindungi daripada ancaman wabak ini. Insya-Allah,” katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan lebih 800,000 penjawat awam bersolidariti dalam mendepani pandemik COVID-19, melalui pengurangan ITK serta ITKA selama tiga bulan, berdasarkan gred perkhidmatan yang dianggar dapat mengumpul lebih RM30 juta.

Penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan itu ialah 50 peratus bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A ke atas, JUSA B sebanyak 20 peratus, JUSA C sebanyak 10 peratus, Gred 44 hingga 56 sebanyak lima peratus membabitkan ITK, manakala RM10 daripada ITKA bagi Gred 29 hingga 41.

Pada Isnin, Muhyiddin Yassin mengumumkan setiap menteri serta timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun dan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana, sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

SOLIDARITI PENJAWAT AWAM PERANGI COVID-19

KUALA LUMPUR: Sumbangan penjawat awam melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) membuktikan kebersamaan mereka menggalas tanggungjawab bersama kerajaan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks