Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Kerohanian Agama DIGITALISASI TABUNG HAJI MUDAHKAN PENDEPOSIT

DIGITALISASI TABUNG HAJI MUDAHKAN PENDEPOSIT

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia kini boleh melakukan hampir keseluruhan transaksi kewangan berkaitan urusan haji secara dalam talian, bermula dengan membuka akaun Tabung Haji (TH), mendeposit wang ke dalam akaun TH, menyemak baki dan rekod akaun, mendaftar haji sehinggalah mengemukakan rayuan haji.

Lebih menarik, pada masa depan, urusan pengesahan menerima tawaran haji dan membayar dam haji juga boleh dilakukan secara dalam talian.

Semua kemudahan ini adalah inisiatif digitalisasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membolehkan pendepositnya membuat urusan mengikut keselesaan masing-masing dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa secara mudah.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad, berkata kemudahan perkhidmatan dalam talian yang disediakan sejak 2020 menerusi platform THiJARI adalah antara faktor TH berjaya mencapai sasaran jumlah simpanan pendeposit RM80 bilion, lebih awal daripada jangkaan.

“Pada 2020, simpanan terkumpul pendeposit TH adalah RM75.9 bilion dan TH menjangkakan jumlah itu akan mencecah RM80 bilion menjelang akhir tahun ini. Namun, sasaran RM80 bilion sudah berjaya dicapai awal bulan lepas walaupun negara berdepan cabaran pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, perkembangan positif dan agak mengejutkan itu menunjukkan TH kini menyediakan platform dan saluran dalam talian yang cukup luas bagi pendeposit membuat simpanan sesuai dengan matlamatnya untuk menjadi institusi simpanan kewangan utama bagi umat Islam di negara ini.

Mustakim berkata, susulan jumlah simpanan terkumpul pendeposit yang dicapai lebih awal daripada yang dijadualkan, TH setakat ini belum menetapkan angka sasaran baharu bagi jumlah simpanan terkumpul pendepositnya menjelang akhir tahun ini.

Beliau turut menjangkakan, jumlah pendeposit aktif TH yang kini hampir sembilan juta orang meningkat terutamanya dalam kalangan pendeposit muda melalui pemerkasaan platform digital TH.

TH ingin melihat lebih ramai pendeposit memulakan simpanan haji sejak dari kecil menerusi kemudahan terbaharu yang diperkenalkan iaitu pembukaan akaun secara maya (VAO) yang membolehkan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai akses THiJARI membuka akaun TH untuk anak yang berusia 18 tahun ke bawah, katanya. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

SOLIDARITI PENJAWAT AWAM PERANGI COVID-19

KUALA LUMPUR: Sumbangan penjawat awam melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) membuktikan kebersamaan mereka menggalas tanggungjawab bersama kerajaan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks