Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara SURAT KEBENARAN OPERASI WAJIB MOHON DARIPADA KPDNHEP

SURAT KEBENARAN OPERASI WAJIB MOHON DARIPADA KPDNHEP

PUTRAJAYA: Semua perkhidmatan perlu di bawah sektor perdagangan pengedaran yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh total lockdown bermula esok perlu mendapatkan surat kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia berikutan surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum ini adalah terbatal mulai esok.

Menurut beliau, permohonan surat kebenaran operasi boleh dibuat melalui laman web https://www.kpdnhep.gov.my bermula hari ini.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-88826322/6587 atau melalui emel kepada roa@kpdnhep.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexander berkata, susulan pengumuman Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkaitan senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh total lockdown tersebut, terdapat 10 perkhidmatan perlu termasuk stesen minyak disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu di bawah sektor perdagangan pengedaran.

Beliau menjelaskan, semua aktiviti perkhidmatan perlu sektor ini dibenarkan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali bagi stesen minyak dari pukul 6.00 pagi ke 8.00 malam dan stesen minyak di lebuh raya bertol dibenarkan beroperasi 24 jam.

Katanya, KPDNHEP sebagai kementerian yang mengawal selia sektor perdagangan pengedaran termasuk peruncitan, pemborongan dan pengedaran telah mengemas kini SOP Sektor Perdagangan Pengedaran PKP yang sedia ada.

Antaranya ialah:

– Semua premis pasar raya atau pasar raya besar, departmental store (terhad kepada makanan dan minuman atau keperluan asas, kedai farmasi atau penjagaan diri dan kedai serbaneka atau mini mart dan restoran di kompleks beli belah – kapasiti pekerja adalah 100 peratus dan had jumlah pelanggan dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan seorang bagi setiap empat meter persegi.

– Restoran – makan di kedai (dine-in) tidak dibenarkan dengan kapasiti pekerja ialah 60 peratus.

– Kedai dobi termasuk layan diri – kapasiti pekerja 60 peratus – Memberi tugasan kepada sekurang-kurangnya seorang pekerja untuk memastikan kawalan keluar masuk pelanggan bagi dobi layan diri.

– Kedai penjagaan haiwan atau makanan haiwan – kapasiti pekerja ialah 60 peratus – Hanya aktiviti jual beli produk penjagaan dan makanan haiwan sahaja dibenarkan

– Kedai cermin mata dan barang optik – kapasiti pekerja ialah 60 peratus – hanya aktiviti jual beli dan pembaikan cermin mata sahaja dibenarkan.

– Kedai hardware – kapasiti pekerja 60 peratus – hanya aktiviti jual beli produk hardware sahaja dibenarkan. Pemasangan dan pembaikan di rumah tidak dibenarkan.

– Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti – kapasiti pekerja 60 peratus – perkhidmatan cuci kenderaan tidak dibenarkan.

E-dagang bagi semua kategori produk – kapasiti pekerja 100 peratus – Pusat Pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada waktu operasi biasa.

-Pemborongan dan Pengedaran bagi kategori produk perkhidmatan perlu sahaja. Kapasiti pekerja 100 peratus – Pusat Pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada waktu operasi biasa. – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks