Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara PM PERLU BERANI - RAZLAN

PM PERLU BERANI – RAZLAN

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berani untuk keluar memberi semangat kepada rakyat dan menerima serta menjawab apa sahaja persoalan berkaitan cara menangani krisis Covid -19.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razlan Rafii yang berharap rakyat mendapat semangat dan aspirasi daripada Perdana Menteri untuk meneruskan kehidupan mereka dalam waktu krisis ini.

Namun beliau mempersoalkan, sekiranya Perdana Menteri boleh muncul di kaca televisyen untuk berucap sempena Hari Pekerja, Perutusan Aidilfitri, Perutusan Khas Isu Palestin, Hari Guru namun kenapa tidak pengumuman sekatan pergerakan penuh menerusi siaran langsung.

“Malah sebelum itu, dalam masa waktu rakyat menunggu keputusan kerajaan pada 12 Mei, Perdana Menteri hanya mengambil langkah untuk menyerahkan perinciannya menerusi kenyataan media.

“Saya berharap Perdana Menteri dapat mendengar dan terus bersemangat secara positif atas teguran dan kritikan, jangan merajuk, ini soal nyawa rakyat, bukan boleh main-main, ” ujarnya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Berkongis lebih lanjut Razlan berkata, sebaik sahaja habis bulan Ramadan, beliau mula mengkritik secara terbuka pendekatan dan cara Perdana Menteri menguruskan negara ketika krisis Covid

“Ini dilakukan tidak ada niat lain selain dari membawa suara ramai netizen yang semakin risau akan peningkatan kes-kes, lebih kronik lagi apabila kita melihat kadar kematian yang semakin meningkat,’’ ujarnya

Beliau mengakui kerajaan telah berusaha untuk mengatasi krisis in dan tiada negara yang mahu melihat rakyatnya menderita, namun kepakaran dan cara mentadbir serta kesungguhan kumpulan untuk berganding bahu membantu bekerja menyelesaikan masalah ini amat penting.

Lebih-lebih lagi kepada Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai ketua dalam menangani krisis tersebut.

Kata beliau lagi, fakta tidak pernah salah, angka yang semakin meningkat tidak pernah menipu, katil hospital yang semakin tidak mencukupi saban hari, kepenatan jururawat serta doktor terus menjadi semangat kepada para rakyat untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP).- UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks