Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara ANJING BOLEH KESAN PESAKIT COVID-19

ANJING BOLEH KESAN PESAKIT COVID-19

PARIS: Menurut penyelidikan yang diterbitkan hari ini, anjing boleh dilatih untuk mengesan lebih 90 peratus jangkitan COVID-19 termasuk ke atas pesakit tidak bergejala.

Penyelidik berpendapat, penemuan itu diharap dapat membantu menggantikan keperluan kuarantin pelancong yang baru tiba.

Menggunakan deria bau luar biasa, anjing sebelum ini sudah membuktikan bahawa mereka boleh menghidu penyakit seperti barah, malaria dan epilepsi.

Beberapa kajian terdahulu menunjukkan bukti bahawa anjing juga boleh mengesan SARS-CoV-2.

Penyelidik dari London School of Tropical Medicine mengkaji sama ada anjing boleh mengesan bau khas yang dikeluarkan daripada sebatian kimia berkaitan dengan seseorang yang positif COVID-19 tetapi tidak menunjukkan gejala.

Mereka mengumpulkan sampel pakaian dan topeng muka daripada orang yang terbukti positif SARS-CoV-2 ringan atau simptomatik.

Sampel sarung kaki daripada 200 kes COVID-19 dikumpulkan dan disusun dalam ujian makmal untuk enam anjing yang dilatih bagi menunjukkan sama ada terdapat kehadiran atau ketiadaan sebatian kimia.

Anjing perlu dilatih untuk tidak mengenal pasti positif palsu dalam usaha menggodam sistem ganjaran mereka dan mendapatkan makanan walaupun tidak ada sampel COVID-19 dalam ujian tertentu.

“Ini bermaksud bahawa anjing memahami sepenuhnya dan mendapat ganjaran untuk negatif yang betul dan juga positif yang betul,” kata Claire Guest, daripada Fakulti Penyakit dan Jangkitan Tropika.

Secara keseluruhan, anjing berjaya mengenal pasti antara 94 dan 82 peratus sampel SARS-CoV-2.

Penyelidik kemudian memodelkan bagaimana keberkesanan kadar kejayaan itu yang digabungkan dengan ujian PCR, dapat membantu mengesan kes COVID-19 ringan atau tanpa gejala.

Mereka mendapati bahawa menggunakan anjing untuk menyaring ketibaan di terminal seperti lapangan terbang dapat mengesan 91 peratus kes, yang menghasilkan kadar transmisi 2.24 kali lebih rendah daripada ujian PCR semata-mata.

Penulis penyelidikan yang masih belum dikaji oleh rakan penyelidik lain, berkata mereka berharap ia boleh menggantikan keperluan pelancong untuk dikuarantin yang mengganggu setiap kedatangan walaupun sebahagian besarnya tidak positif COVID-19. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks