Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB - IBRAHIM

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Presiden Putra itu menjelaskan, beliau tidak sedar sama ada sumbangan yang diterima beliau itu berkait dengan wang SRC International Sdn Bhd mahupun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana tidak tertera nama keduanya di cek berkenaan.
Menurut Ibrahim, beliau juga tidak ingat bila cek berkenaan diterimanya, namun, apa yang pasti perkara itu berlaku sebelum isu 1MDB terbongkar selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ibrahim turut menegaskan, sekiranya skandal 1MDB awal-awal lagi terbongkar, beliau sendiri sudah pasti enggan menerimanya selain Najib juga tidak akan menggunakan lagi akaun tersebut.

“Ingin saya jelaskan disini bahawa saya adalah Ahli Parlimen Bebas sepanjang lima tahun dari 2008 hingga 2013 setelah menang PRU12 atas tiket Pas. Sepanjang lima tahun itu, saya adalah sebagai Ahli Parlimen Bebas ‘friendly BN’.

“Sebagai Ahli Parlimen Bebas saya tidak mempunyai peruntukan untuk mengadakan program-program rakyat di kawasan saya.
“Apa lagi menuju PRU13 perlu banyak adakan pelbagai bantuan kepada rakyat Pasir Mas yang mana saya perlu mencari dana daripada pihak-pihak yang sudi menyumbang. Jika terdesak, saya gunakan kad kredit sehingga maksima hadnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jumaat lalu, 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd memfailkan saman sivil terhadap beberapa personaliti yang didakwa menipu firma milik negara itu.

Mereka juga menyaman entiti yang mungkin tidak melakukan penipuan tetapi terlibat dalam proses itu – secara sedar atau tidak.
Antara yang dinamakan termasuk Najib, bekas Pengerusi 1MDB, Che Lodin Wok Kamaruddin dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Mohd Hazem Abdul Rahman dan Arul Kanda Kandasamy.

Beberapa anggota keluarga Jho Low juga dinamakan, termasuk ayahnya Larry Low Hock Peng dan kakaknya Low May Lin.

Ibrahim dinamakan dalam saman anak syarikat SRC – GMSB and JPSB – yang mendakwa terdapat 14 pihak menerima wang SRC, termasuk Najib dan UMNO Selangor. – Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks