Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19.

Para doktor berkata, tiada bukti secara saintifik yang menunjukkan keberkesanan bahan berkenaan malah mengundang risiko penularan penyakit lain.

Krisis COVID-19 di India kini mencapai tahap kritikal dengan 22.66 juta kes positif dikesan di seluruh negara dan 246,116 kes kematian dilaporkan setakat ini.

Beberapa pakar percaya angka sebenar mungkin lima atau 10 kali ganda daripada yang dilaporkan.

Ramai pesakit turut dilaporkan tidak mendapat tempat di hospital, bekalan oksigen atau rawatan yang diperlukan.

Di Gujarat di barat India, ramai dilaporkan melawati pusat rawatan lembu sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melumur badan mereka dengan najis atau air kencing lembu.

Perkara berkenaan dipercayai dapat meningkatkan imuniti mereka atau mampu memulihkan mereka daripada virus COVID-19.

Masyarakat di India telah mengamalkan penggunaan najis lembu selama berabad-abad lamanya bagi membersihkan rumah mereka serta dalam ritual keagamaan kerana ia dipercayai mempunyai unsur terapeutik dan antiseptik.

Lembu dianggap sebagai simbol suci untuk kehidupan di dunia, menurut kepercayaan masyarakat India.

“Beberapa doktor turut sertai amalan tersebut di pusat berkenaan kerana mereka percaya ia merupakan terapi yang mampu meningkat tahap imuniti mereka bagi merawat pesakit tanpa rasa takut,” kata pengurus sebuah syarikat farmaseutikal Gautam Manilal Borisa.

Dia turut mendakwa amalan tersebut membantunya pulih daripada jangkitan COVID-19 tahun lepas. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks