Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara HAMPIR 40 TUTUP DI JOHOR

HAMPIR 40 TUTUP DI JOHOR

JOHOR BAHRU – Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup secara berperingkat sejak bulan lepas setelah terdapat kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan kakitangan dan murid di institusi pendidikan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang berkata, Pejabat Kesihatan Daerah meminta Pejabat Pendidikan Daerah menutup sekolah terbabit bagi membolehkan penilaian risiko, pengesanan kontak rapat serta proses disinfeksi dilakukan.

“Namun ia tidak tutup secara serentak. Penutupan sekolah berkenaan adalah selama tujuh hari bagi membolehkan ujian calitan dijalankan terhadap individu terlibat selain proses sanitasi dijalankan.

“Apabila keputusan ujian menunjukkan negatif, barulah sekolah tersebut boleh dibuka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Agihan Bubur Lambuk dan Sumbangan Bakul Makanan kepada warga asnaf dan ibu tunggal di sebuah pasar raya di Bandar Dato Onn di sini pada Sabtu.

Beliau juga berkata kerajaan negeri sedang berusaha memastikan kira-kira 49,000 guru di Johor selesai menerima vaksin sehingga akhir bulan ini dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula 19 April lepas. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks