Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Kerohanian Agama JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata semua suspek berusia 21 hingga 42 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima dua laporan membabitkan isu video berdurasi 48 dan 30 saat itu.

Katanya, ketiga-tiga suspek masing-masing dua wanita dan seorang lelaki akan direman pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi (menyebarkan) video itu. Perbuatan berkenaan bukan saja menyalahi undang-undang, tetapi juga boleh mendatangkan keresahan dan kegusaran awam.

“Kita tidak akan berkompromi ke atas semua pihak yang terbabit dalam aktiviti perjudian dan pembikinan video ini serta tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, lima individu termasuk suspek utama terbabit dalam pembikinan video iklan perjudian Hari Raya diberkas kelmarin.

Semua mereka ditahan selepas disyaki terbabit dalam dua video mempromosi aktiviti judi dalam talian yang dikesan tular di laman sosial sejak minggu lalu.

Dua video mempromosi aktiviti judi atas talian itu menggunakan website IBO003 dan Bet333, memaparkan beberapa individu berada dalam kesempitan wang secara tiba-tiba menjadi kaya selepas membuka laman web perjudian berkenaan, sebelum dapat berhari raya di kampung halaman. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks