Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau, kluster Sungai Selitut di Tatau, kluster Sungai Passin di Matu dan kluster Sungai Duan di Mukah.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya pada Isnin memaklumkan kesemua kluster itu adalah kluster komuniti yang dikesan di rumah panjang.

Menurut kenyataan itu, kluster Sungai Anus dan kluster Selitut masing-masing melibatkan satu rumah panjang, kluster Sungai Passin melibatkan empat buah rumah panjang manakala kluster Sungai Duan melibatkan tujuh rumah panjang.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negeri itu kini sebanyak 49.

Hari ini Sarawak merekodkan 589 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 24,529 kes manakala jumlah kematian meningkat kepada 140 berikutan tiga kematian baharu dilaporkan pada Isnin. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks