Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara HARGA MAKANAN TERNAKAN NAIK PUNCA HARGA AYAM MAHAL - NANTA

HARGA MAKANAN TERNAKAN NAIK PUNCA HARGA AYAM MAHAL – NANTA

KUALA LUMPUR – Harga makanan ternakan yang terdiri dari soya dan jagung yang kebanyakannya diimport dari negara Argentina dan Brazil telah merekodkan kenaikan, sekali gus menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian itu menerima 15 aduan berkaitan harga ayam namun tiada aduan berkaitan kekurangan bekalan makanan itu.

Menurutnya, susulan aduan itu, KPDNHEP telah melaksanakan Ops Catut 8.0 (ayam) pada 15 April lalu.

Setakat 16 April 2021, sejumlah 24 notis telah dikeluarkan kepada pemborong, 16 notis kepada penternak yang disyaki mencatut.

Beliau berkata, kementerian itu turut melakukan semakan terhadap paparan harga ikan, ayam dan daging lembu yang dikatakan tinggi di aplikasi PriceCatcher KPDNHEP di sekitar Kuala Lumpur.

Semakan itu mendapati harga yang didakwa itu kurang tepat serta tidak menggambarkan situasi sebenar kerana maklumat yang ditularkan tidak menerangkan harga di semua tempat.

”Paparan yang tular itu hanya membabitkan harga tiga barang iaitu ikan kembung, ayam dan daging di premis-premis sekitar di daerah ‘up-market’ Bukit Bintang sahaja.

”Semakan mendapati terdapat premis lain di kawasan berdekatan yang menjual tiga barang berkenaan pada harga lebih murah daripada yang dinyatakan dalam hantaran Facebook tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Untuk rekod, berikut adalah harga tiga barang yang ditularkan sebelum ini (di Bukit Bintang):

1. Ikan kembung (antara 8 hingga 12 ekor sekilogram) (1kg) sehingga RM24
2. Harga ayam bersih super setinggi RM12 sekilo
3. Harga daging lembu tempatan (bahagian 2 daging pejal kecuali batang pinang-tenderloin) mencecah RM40 sekilo

KPDNHEP mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan maklumat Price Catcher sepenuhnya berdasarkan semakan harga terkini pada 17 April 2021:

(i) Harga Ikan Kembung (antara 8 hingga 12 ekor sekilo) menunjukkan harga yang lebih rendah daripada RM22. Contohnya di Pasar Air Panas, RM 18.00; The Store, Taman Melati dan ST Rosyam Mart (RM 17.90); Terdapat juga harga promosi/lebih murah RM 8.90 ditawarkan di Pasaraya seperti di NSK Jalan Peel.

(ii) Ayam Super (1kg) ada dijual pada harga kurang daripada RM10, contohnya di Cold Storage, KLCC (RM8.99); Hero Market, Berjaya Time Square (RM9.19); dan AEON(AU2) di Setiawangsa (RM8.30).

(iii) Daging lembu tempatan bahagian 2 daging pejal 1kg, Aplikasi PriceCatcher di Kawasan sekitar iaitu di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Kuala Lumpur menjual daging ini pada harga RM35.

Alexander berkata, paparan harga Aplikasi PriceCatcher disusun mengikut premis dan lokasi serta harga dari terendah kepada tertinggi bertujuan memudahkan pengguna untuk membandingkan harga yang ditawarkan oleh semua premis yang berdekatan dengan lokasi pengguna.

Ini akan membantu pengguna untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak.

”Oleh itu, adalah kurang tepat untuk membuat rumusan harga hanya berdasarkan satu premis tertentu sahaja. Dalam dunia yang penuh dengan pilihan, Aplikasi Price Catcher memberikan opsyen kepada pengguna untuk memilih dan seterusnya menjadi pengguna
bermaklumat, peka dengan hak dan bijak memilih serta berani bertindak kendiri demi mempertahankan hak pengguna,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks