Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara BERPESTA AIR MASA PKP, 21 WARGA MYANMAR 'DAPAT HABUAN'

BERPESTA AIR MASA PKP, 21 WARGA MYANMAR ‘DAPAT HABUAN’

BUKIT MERTAJAM: Seramai 21 warga Myanmar termasuk seorang wanita ditahan di sebuah rumah di Taman Bidara di sini, kira-kira pukul 2.30 petang semalam ketika sedang berpesta air.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, mereka ditahan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.

Katanya, ketika serbuan warga Myanmar itu sedang berkumpul di pekarangan rumah tersebut sambil membuat bising serta menari dan bermain semburan air menggunakan paip getah.

Sehubungan itu jelas beliau, mereka ditahan kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Ketika kejadian, kesemua mereka tidak mengamalkan penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.

“Apabila menyedari kehadiran pihak polis, mereka cuba melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Shafee, ketika kejadian juga salah seorang daripada warga asing itu yang dipercayai mabuk menolak seorang anggota polis dan meninggikan suara selain enggan memberi kerjasama apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30-an dan mereka kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 kerana ingkar arahan PKP,” katanya. – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks