Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara PADAH LARIKAN DIRI, LELAKI BRITISH MAUT PIKAP TERBABAS

PADAH LARIKAN DIRI, LELAKI BRITISH MAUT PIKAP TERBABAS

MIRI: Lelaki warga British maut selepas kenderaan pikap dipandunya terbabas di Jalan Lutong-Kuala Baram, akibat melarikan diri sejurus melanggar seorang penunggang motosikal di Lorong Mulia 2B, Tudan, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata kejadian dilaporkan kira-kira jam 9 malam ketika mangsa yang berusia 38 tahun itu dalam perjalanan dari arah Senadin melalui Jalan Tudan.

Katanya, setiba di Lorong Mulia 2B, pikap dipandu mangsa terbabas ketika hendak masuk ke simpang berkenaan lalu melanggar seorang penunggang motosikal dari arah bertentangan.

Bagaimanapun, katanya, penunggang motosikal terbabit, seorang lelaki berusia 54 tahun hanya cedera ringan manakala motosikalnya rosak teruk.

“Mangsa kemudian dipercayai terus memandu untuk melarikan diri dan sebaik sampai di Jalan Lutong-Kuala Baram, kenderaannya terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tepi parit konkrit sebelum bergolek dan melanggar pagar sebuah premis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks