Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Kerohanian Agama MAKKAH SEDIA TERIMA JEMAAH SUDAH DIVAKSIN

MAKKAH SEDIA TERIMA JEMAAH SUDAH DIVAKSIN

JEDDAH – Makkah bersedia untuk menerima jemaah umrah yang sudah menerima suntikan vaksin sempena Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Perkara itu diumumkan pihak berkuasa berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, selaku Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal pada Rabu.

Putera Khaled yang juga pengerusi jawatankuasa itu menekankan mengenai kepentingan usaha dan koordinasi bersepadu untuk memastikan semua persediaan menyambut kedatangan jemaah berjalan lancar demi keselamatan pengunjung di Dua Masjid Suci.

Dalam mesyuarat itu, Kementerian Haji dan Umrah turut mengemukakan pelan musim Ramadan meliputi peningkatan operasi Masjidil Haram sambil mematuhi semua langkah pencegahan dikeluarkan pihak berwajib.

Permit menunaikan umrah akan diberikan kepada mereka yang sudah menerima dua dos vaksin Covid-19, mereka yang imun selepas 14 hari menerima dos pertama, dan mereka yang imun serta sudah pulih daripada jangkitan.

Permohonan permit untuk menunaikan umrah, solat dan lawatan, slot waktu yang ada dan pengesahan akan dibuat melalui aplikasi (Eatmarna) dan (Tawakkalna).

Pengurusan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi turut mengemukakan pelan operasi mereka sepanjang Ramadan yang akan dilaksana oleh 4,422 petugas.

Di bawah pelan operasi itu, 14 laluan disediakan untuk Tawaf dan tiga laluan paling hampir dengan Kaabah dikhaskan kepada warga emas serta orang kurang upaya.

Hampir 5,000 pekerja lelaki dan wanita akan melakukan operasi pensterilan dan pembasmian kuman secara kerap, poster panduan turut akan diletakkan di semua ruang solat untuk meningkatkan kepatuhan kepada penjarakan sosial.

Di samping itu, Lapangan Terbang King Abdulaziz, turut menempatkan pasukan khas untuk menyambut ketibaan jemaah dan akan bekerjasama dengan agensi kerajaan serta penyedia perkhidmatan.

Pasukan itu akan mengendalikan jemaah semasa di lapangan terbang termasuk di terminal ketibaan dan pelepasan untuk memastikan jemaah mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Semua kemudahan pengangkutan turut disediakan termasuk perkhidmatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain serta menetapkan laluan ekspres untuk jemaah umrah. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks