Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara MIC PERLU 'UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI'

MIC PERLU ‘UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI’

KUALA LUMPUR – MIC sewajarnya mengukur pencapaian parti itu terlebih dahulu sebelum meminta lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum nanti.

Ini kerana, berdasarkan sembilan kerusi yang ditandingi pada PRU lalu, parti itu hanya menang satu kerusi di Tapah.

Lantaran itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpandangan bahawa MIC perlu memperkukuhkan parti tersebut terlebih dahulu.

Sebagai contoh, katanya, walaupun kerusi Parlimen Cameron Highland milik MIC tetapi terbukti apabila diserahkan kepada UMNO, kerusi tersebut berjaya dirampas semula.

Kemenangan pada kerusi Cameron Highland itu menunjukkan akar umbi lebih terarah menyokong UMNO.

“Contoh ini menjelaskan yang MIC perlu menunjukkan prestasi sebenar sebelum membuat permintaan banyak kerusi pada PRU ke-15 nanti.

“Kalau prestasi lebih kurang sahaja, MIC akan berdepan kekalahan jika bertanding banyak kerusi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Semalam, Presiden MIC, SA Vigneswaran berharap UMNO bersedia melepaskan sekurang-kurangnya 10 peratus kerusi parti itu bagi menjamin kemenangan dalam PRU akan datang.

Dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Tahunan MIC kali ke-74, Vigneswaran mendakwa UMNO sendiri sebelum ini meminta MIC untuk mengorbankan sejumlah kerusi dalam PRU akan datang.

“Ini walaupun MIC hanya ada sembilan kerusi Parlimen (yang ditandingi pada PRU14) dan kemungkinan 35 peratus kerusi terpaksa dikorbankan,” katanya.

Mengulas mengenai sokongan MIC kepada Perikatan Nasional, Awang Azman berkata, perkara itu adalah biasa kerana MIC juga dalam kerajaan sekarang.

“Selagi dalam ‘Kluster Menteri’ selagi itu setiap daripada mereka (yang berada dalam PN) akan menyatakan sokongan.

“Lagipun parti-parti dalam Barisan Nasional belum bertemu lagi selepas Perhimpunan Agung UMNO, mungkin banyak perkara akan dibincangkan” ujarnya.

Namun, besar kemungkinan MIC akan terus menyokong dan bersama UMNO kerana selama ini parti itu mendapat banyak ihsan daripada UMNO. – MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks