Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara ADA PELAN SOKONG JIKA VAKSIN ASTRAZENECA TAK SESUAI - KJ

ADA PELAN SOKONG JIKA VAKSIN ASTRAZENECA TAK SESUAI – KJ

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan sudah bersedia dengan pelan sokongan sekiranya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), memutuskan vaksin AstraZeneca tidak sesuai digunakan di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata pakar tempatan akan bermesyuarat Selasa ini, bagi menganalisis lebih lanjut data klinikal vaksin AstraZeneca susulan laporan mengenai kesan sampingan vaksin itu di United Kingdom (UK).

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata, kumpulan pakar tempatan juga sedang mengikuti dekat perkembangan vaksin AstraZeneca.

“Kita ambil maklum bahawa terdapat beberapa kes dalam berita dan kes dikenal pasti daripada badan kawal selia perubatan UK berkenaan pembekuan darah.

“Kita masih lagi sedang melihat data berkenaan dan apa sahaja keputusan berkenaan dengan penggunaan vaksin AstraZeneca akan dimaklum kemudian.

“Kalau terpaksa tangguh AstraZeneca atau dapati bahawa ia tidak sesuai (digunakan), beberapa perancangan lain termasuk pelan sokongan akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad, di sini, hari ini.

Terdahulu Khairy mengadakan mesyuarat tertutup bersama Hasni serta ketua agensi awam negeri ini.

Semalam, badan kawal selia perubatan UK mengesahkan tujuh daripada 30 individu yang mengalami pembekuan darah selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca meninggal dunia.

Kenyataan berhubung kes kematian itu dikeluarkan selepas beberapa negara Eropah mengambil keputusan menghentikan sementara suntikan vaksin AstraZeneca selepas ia berpotensi menyebabkan pembekuan darah.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, beberapa pelan sokongan sudah dilihat termasuk tawaran dos tambahan daripada Pfizer-BioNTech.

“Malaysia terima tawaran daripada Pzifer untuk tambah 12.8 juta dos kepada apa yang sudah ditempah kira-kira 32 juta dos.

“Itu akan jadi pelan sokongan sekiranya didapati vaksin lain tidak boleh digunakan.

“Kita juga masih lagi sedang runding dengan Novovax dan beberapa vaksin lain yang belum masuk pasaran,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy meminta masyarakat tidak bimbang berikutan Malaysia belum lagi menerima penghantaran vaksin AstraZeneca.

“Jadi jangan risau kerana kita masih lagi sedang guna vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac.

“Mengikut jadual vaksin AstraZeneca akan mula dihantar ke Malaysia pada Mei ini membabitkan 6.4 juta dos untuk kegunaan 3.2 juta rakyat.

“Malaysia juga akan menerima tambahan hampir 1.4 juta dos vaksin menerusi program pengedaran vaksin COVID-19 antarabangsa (COVAX) pembelian menerusi Pertubuhan Kesihatan Dunia,” katanya. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks