Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Sukan Bola Sepak 'KLOPP' TERUJA JUMPA JDT, JANJI BERI SAINGAN SENGIT

‘KLOPP’ TERUJA JUMPA JDT, JANJI BERI SAINGAN SENGIT

PETALING JAYA: Pulau Pinang menghormati reputasi hebat Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai juara tujuh kali berturut-turut, namun sedikit pun tidak gentar apabila berdepan Harimau Selatan dalam aksi kedua Liga Super malam ini.

Pengendali Pulau Pinang yang terkenal dengan julukan, ‘Jurgen Klopp Malaysia’, Tomas Trucha percaya, beliau mempunyai barisan pemain yang mampu memberi saingan kepada JDT dan memberi kejutan kepada gergasi Liga Malaysia (Liga M) itu.

Gandingan baik pertahanan yang diketuai Ryuji Utomo dan Rafael Vitor menjadi sandaran untuk mengekang jentera serangan lawan, manakala Samuel Somerville mampu menjadi benteng terakhir.

“Saya memang menantikan pertemuan menentang JDT kerana apabila menentang lawan yang kuat, kita boleh nampak di mana tahap sebenar pasukan dan nilai segala kelemahan selepas perlawanan.

“Kami juga sudah mempunyai perancangan dan taktikal untuk memberi kesukaran kepada JDT. Pulau Pinang tidak akan tewas mudah,” katanya semalam.

Menurut Trucha, beliau berpuas hati dengan prestasi baik pasukannya ketika menumpaskan Kuala Lumpur City 1-0, Sabtu lalu untuk mengutip tiga mata pertama liga.

“Kami adalah pendatang baharu Liga Super, JDT pula menjuarai kejohanan ini tujuh kali berturut-turut. Sudah tentu kami menghormati mereka tapi dalam masa sama, kami tidak perlu rasa sebarang tekanan,” katanya. – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks