Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara CUBAAN SELUDUP KELUAR MUSANG KING GAGAL

CUBAAN SELUDUP KELUAR MUSANG KING GAGAL

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menggagalkan cubaan membawa keluar durian jenis Musang King melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Selasa.

Pemangku Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan pada jam 12.30 tengah hari itu mendapati empat kotak yang dibawa seorang lelaki tempatan itu mengandungi 16 biji buah durian seberat 56 kilogram.

“Siasatan mendapati durian bernilai RM6,000 itu dipercayai untuk dihantar kepada majikannya di Indonesia.

“Kesemua durian tersebut dirampas kerana gagal mengemukakan permit eksport dan sijil fitosanitasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, perbuatan mengeksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah atau mikroorganisma tanpa permit adalah salah mengikut Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali.

“Maqis akan sentiasa tegas, cekap dan teliti menjalankan aktiviti penguatkuasaan di semua pintu masuk seluruh Malaysia.
“Langkah ini bagi menjamin keselamatan pertanian dan makanan negara selain memastikan makanan yang keluar ke Malaysia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan,” katanya. – Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks