Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara ROSHITA TERPAKSA 'SEMBUNYI' DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin
Foto: Ezreen Abd. Talip

KOTA TINGGI – Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit.

Itulah keadaan dialami seorang wanita, Roshita Masdi, 48, apabila terkena pancaran matahari mahupun lampu kalimantang di dalam rumah.

Dia yang mudah mengalami sindrom berkenaan kerana menghidap penyakit SLE lupus sejak 2016, iaitu sistem imuniti yang akan menyerang tisu dan saraf sehingga boleh menyebabkan kemudaratan pada tubuh, malah membawa maut.

Sejak menghidap penyakit tersebut, Roshita mudah diserang deman, lemah badan dan semput selain jarang keluar rumah dan hanya duduk di tempat gelap di dalam rumahnya bagi mengelak terkena cahaya termasuk lampu kalimantang.

“Mana-mana tubuh yang terkena cahaya akan menjadi bengkak dan kemerahan sehingga terasa seperti terkena gigitan yang tidak berhenti selagi tidak memakan ubat yang disediakan hospital.

“Akibat penyakit ini, saya hilang pendapatan kerana tidak boleh bekerja sehingga menyukarkan untuk mengambil ubat di hospital dan perbelanjaan ubat dan suplemen lain,” katanya yang menetap bersama orang tuanya di Felda Air Tawar 3, di sini semalam.

Roshita sebelum ini bekerja sebagai jurujual di pusat beli-belah di Kuala Lumpur, namun terpaksa pulang ke kampung akibat mula menghidap penyakit berkenaan pada 2016.

Sejak itu, dia sudah memohon pelbagai bantuan bulanan termasuk daripada Baitulmal bagi menampung perbelanjaan pengangkutan ke hospital, susu khas dan suplemen lain namun masih tiada mendapat maklum balas mengenai perkembangan permohonan berkenaan.

“Doktor akan bagi ubat mengawal imun dan berbagai lagi ubat selain saya perlu membeli suplemen serta susu khas yang memerlukan perbelanjaan bulanan,” katanya. – VOICE

#odejee

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks