Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Sukan Bola Sepak TMJ AMBIL ALIH VALENCIA?

TMJ AMBIL ALIH VALENCIA?

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mungkin melebarkan portfolionya dalam bola sepak bersama kelab Sepanyol, Valencia.

Sejak beberapa tahun lalu, terdapat spekulasi bahawa Tunku Mahkota Johor (TMJ), yang merupakan rakan rapat kepada pemilik Valencia, Peter Lim, akan mengambil alih pasukan itu dan perkara berkenaan kini semakin diperkuatkan menerusi kiriman terbaru Instagram Story TMJ.

“Saya bukan baru dalam bola sepak, saya telah mencipta sebuah kelab daripada bergelut dengan penyingkiran sehingga menjadi pasukan juara yang mendominasi. Saya telah memenangi 16 gelaran dalam lapan tahun. Kami pasukan terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di Asia,” tulisnya.

“Saya bukanlah seseorang yang akan mengubah logo atau tradisi kelab anda. Saya seorang kerabat diraja dan bukannya ahli perniagaan. Saya ke sini untuk kegemilangan, kejayaan dan sejarah.

“Apa yang diperlukan Valencia? Anda memerlukan seseorang yang tahu mengenai bola sepak, mahukan kejayaan, berminat dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab.”

Dalam satu kiriman berbeza, TMJ menulis bahawa beliau memiliki “dua hari untuk memikirkannya”.

Akhbar Sepanyol, Marca, mendakwa pengambilalihan pasukan juara enam kali LaLiga itu bernilai sekitar €408 juta (RM1.9 bilion).

Valencia, yang kali terakhir mengecap kejayaan dengan menjulang trofi Copa Del Rey pada 2019, kini hanya dibezakan lima mata daripada zon penyingkiran. – Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks