Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara PN JOHOR KECEWA PELANTIKAN KETUA KAMPUNG

PN JOHOR KECEWA PELANTIKAN KETUA KAMPUNG

JOHOR BAHRU – Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal kesal dengan tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkenaan pelantikan jawatan ketua kampung baharu di negeri ini.

Bekas Menteri Besar Johor itu mendakwa, lantikan itu dibuat sebelah pihak dan tidak mencerminkan semangat kerjasama serta muafakat antara parti yang membentuk kerajaan negeri hari ini.

Menurutnya, perundingan sepatutnya dilakukan terlebih dahulu bagi mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum pelantikan dibuat.

“Saya sudah sudah menghantar surat rasmi ke Pejabat Menteri Besar Johor meminta penjelasan berhubung perkara itu.

“Saya mendapat tahu pelantikan ini telah dibuat Khamis lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan penghargaan kepada petugas barisan hadapan Sempena Ulang Tahun Pertama PN Johor di Pejabat Kesihatan Negeri Johor di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon.

Sahruddin mengulas dakwaan lebih 90 peratus lantikan ketua kampung baharu di negeri itu melibatkan ahli UMNO.

Isu pelantikan ketua kampung di Johor kecoh selepas surat pelantikan yang tular dalam laman sosial didakwa oleh sesetengah pihak sebagai tidak adil dan hanya berpihak kepada satu parti.

Antara surat pelantikan menggunakan kepala surat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Khidmat Pengurusan yang banyak ditularkan ialah dari daerah Kulai, Kluang, Tangkak dan Kota Tinggi.

Sementara itu, Sahruddin berkata, Pengerusi PN Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan menulis surat kepada Hasni berhubung perkara tersebut.

“Perkara seperti ini tidak sewajarnya berlaku. Pengagihan jawatan ketua kampung seharusnya dibuat dengan adil selain semua pihak perlu berpuas hati dengan pelantikan tersebut,” katanya. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks