Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara APA ASAS PKR NAK SAMAN SAYA? - LARRY SNG

APA ASAS PKR NAK SAMAN SAYA? – LARRY SNG

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi PKR Sarawak, Larry Sng Wei Shien hairan bagaimana parti lamanya mahu mengambil tindakan mahkamah terhadapnya yang keluar parti baru-baru ini.

Menurutnya, beliau tidak bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu sebaliknya menang kerusi Parlimen Julau atas tiket bebas.

Jelas Larry, selepas itu beliau bertindak menyertai PKR kerana mendapat jemputan.

“Saya tidak teringat dengan apa-apa perjanjian dengan PKR sebelum ini kerana saya menang kawasan Parlimen saya di Julau pada PRU lepas atas tiket calon bebas.

“Saya hanya dijemput sertai PKR selepas PRU, jadi jika ada cadangan untuk ambil tindakan perundangan pastinya tidak ada kena mengena dengan saya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Larry mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang sedang berkira-kira untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Larry serta Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong kerana dakwaan mengkhianati parti.

Larry dan Choong bertindak keluar PKR dan menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mereka dapat menyelesaikan isu rakyat yang masih tertunggak.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada Muhyiddin adalah usaha untuk bergerak ke hadapan dan mengetepikan politik buat masa ini dan menumpukan kepada usaha membantu rakyat menghadapi tempoh sukar ketika ini susulan pandemik Covid-19.

Muhyiddin menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Larry turut memberikan contoh bagaimana Ahli Parlimen Lubbock Antu, Jugah Muyang yang meninggalkan PKR, beliau tidak dikenakan sebarang tindakan perundangan kerana wakil rakyat itu juga tanding bebas.

“Jugah Mayang juga keluar PKR tetapi tidak pula dikenakan apa-apa tindakan undang-undang, jadi apa asasnya hendak bertindak sebaliknya dengan saya?,” ujarnya.

Malah kata Larry dalam nada sinis, jika PKR begitu berprinsip serta menolak budaya lompat parti, mengapa ada ura-ura tentang penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Amanah yang menyertai PKR.

“Jika begitu ‘kisah’ dengan lompat parti ini, anda patut tidak terima Adun dari Amanah. Itu melanggar prinsip reformasi yang menjadi amalan selama ini,” tegasnya.

Larry, 39, yang juga bekas Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), berjaya meraih 10,105 undi, manakala Salang mendapat 8,174 undi dengan bertanding sebagai calon Bebas memenangi kerusi tersebut dalam pertandingan satu lawan satu.

Larry pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, meneruskan legasi politik bapanya, Datuk Sng Chee Hua, seorang ahli perniagaan terkenal.

Beliau mengambil alih teraju PKR Sarawak selepas Ahli Parlimen Selangau, Baru Brian meninggalkan PKR pada tahun lepas. -MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks