Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara HASNI YANG PERTAMA KENA 'CUCUK' PFIZER BIONTECH

HASNI YANG PERTAMA KENA ‘CUCUK’ PFIZER BIONTECH

Foto: ihsan Makmur Johor

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad menjadi individu pertama di negeri ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Beliau menerima suntikan vaksin berkenaan sempena majlis perasmian Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Pusat Pemberian Vaksin Johor Bahru di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda, dekat sini pukul 8 pagi tadi.

Proses suntikan vaksin kepada YAB Menteri Besar dikendalikan oleh Ketua Jururawat Pejabat Kesihatan Johor Bahru, Badariah Mohd. Khalid yang berpengalaman lebih 27 tahun dalam bidang kejururawatan.

Selesai menerima suntikan vaksin, Hasni ditempatkan di bilik pemerhatian kira-kira 30 minit sebelum beredar meninggalkan pusat vaksinasi berkenaan.

Turut menerima suntikan vaksinasi ialah Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Datuk Yahya Madis serta ketua-ketua jabatan pasukan barisan hadapan di negeri ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan, Barisan Exco dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani. – VOICE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks