Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara DARURAT BUKAN UNTUK KEKAL BERKUASA - MUHYIDDIN

DARURAT BUKAN UNTUK KEKAL BERKUASA – MUHYIDDIN

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, tidak ada satu pun Ordinan Darurat yang diisytiharkan di negara ini bertujuan untuk membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya.

Perdana Menteri berkata, Proklamasi Darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah semata-mata untuk mengatasi masalah COVID-19.

Beliau berkata, sejak darurat berkuat kuasa pada 11 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong sudah memasyhurkan tiga ordinan iaitu Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Katanya, semua ordinan itu bertujuan membolehkan kerajaan menangani wabak COVID-19 dengan lebih cekap dan berkesan, termasuk menambah baik pengurusan penginapan pekerja asing yang menjadi antara punca utama penularan COVID-19 di negara ini.

“Dengan adanya Proklamasi Darurat, semua ordinan ini dapat dimasyhurkan dalam tempoh yang singkat tanpa perlu melalui proses di Parlimen yang kebiasaannya mengambil masa yang lama.

“Saya sedar dan saya faham maksud demokrasi. Justeru, tidak ada satu pun daripada ordinan ini yang bertujuan untuk membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya, malah darurat yang sedang dilaksanakan ini juga mempunyai tempoh tamat pada 1 Ogos 2021.

“Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, darurat mempunyai tempoh tamat,” katanya ketika menyampaikan Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya, hari ini. Majlis turut dihadiri Menteri Kabinet dan pengurusan tertinggi kerajaan. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks