Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Hiburan Artis JANNA NICK MAHU SAMAN

JANNA NICK MAHU SAMAN

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Janna Nick akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnah, mengugut dan menyerangnya secara peribadi di media sosial setelah dia dikatakan mencetuskan perbalahan dengan peminat K-Pop.

Janna berkata, laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa sedang menyiasat serta mengenal pasti individu pesalah laku meskipun ada cuba berselindung di sebalik nama dan akaun samaran.

Jelas pengacara itu, pihak berkuasa dan pasukan peguamnya sedang dalam proses menyimpan segala rekod yang diterbitkan di laman Twitter, Instagram, Facebook dan semua media sosial yang memfitnah, membuat ugut jenayah serta menyebarkan tohmahan dan tanda pagar negatif membabitkan perkara tersebut untuk tindakan undang-undang.

“Salah laku mereka adalah suatu kesalahan jenayah yang serius atau telah mengakibatkan kerosakan termasuk menjejaskan reputasi dan nama baik saya dan Janna Nick Studios, bukan sahaja di dalam Malaysia bahkan di luar negara.

“Sama ada pesalah laku ini sedar ataupun tanpa sedar, tindakan tidak bertanggungjawab yang mereka lakukan ini sama seperti mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud malah diperbesar-besarkan.

“Ini secara langsung mencalarkan imej negara dan kita sendiri secara amnya selaku rakyat Malaysia dalam kalangan pengguna media sosial dan dunia maya global,” katanya menerusi satu kenyataan.

Nama pelakon itu sohor kini di media sosial setelah didakwa mentertawakan kematian seorang penyanyi K-Pop dalam satu video bersama pelakon, Sharifah Sakinah sekitar tahun 2018.

Malah, dalam video permohonan maaf yang dimuat naik oleh Janna semalam, penggunaan gelaran ‘si mati’ terhadap mendiang Kim Jong-hyun menimbulkan kemarahan peminat penyanyi itu.

Tambah panas apabila warganet mendakwa Janna menghina ahli kumpulan Blackpink, Lisa dengan gelaran Lisa Blackpig yang digunakan sebagai watak dalam telemovienya, Delen.

Kesal dan bengang dengan tindakan pelakon itu, warganet mula membuat ciapan dengan tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty yang sohor kini dua hari berturut-turut.

Dalam pada itu, Janna menegaskan, dia tidak mempersendakan mana-mana individu apatah lagi mempersendakan mendiang Kim Jong-hyun menerusi video tersebut yang kini dimuat naik dan disensasikan semula di media sosial ataupun menyamakan Lisa Manoban dengan Lisa Blackpig sebagaimana yang ditohmah.

“Penggunaan terma “Si Mati” adalah merujuk kepada seseorang yang meninggal dunia dan digunakan secara meluas dalam prosiding di mahkamah sebagai kata ganti diri yang sopan apabila merujuk kepada individu yang meninggal dunia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Sila rujuk kepada perintah-perintah mahkamah yang dikeluarkan, khususnya melibatkan harta pusaka individu yang telah meninggal dunia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks