Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara HASNI YANG PERTAMA TERIMA SUNTIKAN VAKSIN DI JOHOR

HASNI YANG PERTAMA TERIMA SUNTIKAN VAKSIN DI JOHOR

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan barisan Exco kerajaan negeri akan menjadi kumpulan pertama di negeri ini yang menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam masa terdekat.

Beliau berkata, turut menerima suntikan vaksin berkenaan ialah kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.

“Dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan, rakyat termasuk Bangsa Johor mampu menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan selamat serta melindungi diri, keluarga dan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, kerajaan negeri juga sudah bersedia untuk melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan termasuk mengenal pasti pusat vaksinasi di setiap daerah serta menyediakan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) yang terlatih untuk memberi suntikan vaksin.

Menurutnya, Program Imunisasi itu diharap dapat meningkatkan usaha pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura, sekali gus merancakkan lagi ekonomi rentas sempadan.

“Apabila rakyat kedua-dua negara sudah diberi suntikan vaksin, maka pergerakan rentas sempadan akan diyakini lebih selamat.
“Saya juga yakin menerusi pemberian vaksin ini, ekonomi Negeri Johor dapat pulih lebih awal berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Justeru, beliau berharap Bangsa Johor akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Marilah kita bersama-sama terus berusaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19,” katanya.

Johor sudah menerima vaksin COVID-19 fasa pertama pada Ahad lalu. – VOICE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks