Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara DOS PERTAMA VAKSIN COVID-19 KURANGKAN RISIKO JANGKITAN

DOS PERTAMA VAKSIN COVID-19 KURANGKAN RISIKO JANGKITAN

EDINBURGH: Data dua kajian berasingan di United Kingdom (UK) membuktikan suntikan dos pertama vaksin COVID-19 dapat mengurangkan risiko jangkitan dan tempoh rawatan.

Hasil kajian di England dan Scotland yang diterbitkan semalam itu menunjukkan analisis Public Health England mendapati vaksin Pfizer-BioNTech mengurangkan risiko jangkitan sehingga lebih 70 peratus selepas suntikan pertama dan 85 peratus selepas suntikan kedua.

Kajian berasaskan data sebenar itu turut menunjukkan bahawa mereka yang menerima pelalian dan dijangkiti COVID-19 kurang berisiko untuk mati atau dimasukkan ke hospital.

Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, berkata keperluan rawatan di hospital dan kematian akibat COVID-19 berjaya dikurangkan sehingga lebih 75 peratus bagi mereka yang sudah menerima dos pertama vaksin the Pfizer-BioNTech.

“Laporan penting ini membuktikan vaksin berkesan, amat memberangsangkan untuk melihat bukti bahawa vaksin Pfizer menawarkan perlindungan yang tinggi daripada coronavirus ini,” katanya.

Britain adalah antara negara yang teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan 120,757 kematian setakat ini.

Ketua Imunisasi Public Health England, Dr Mary Ramsay, berkata lebih banyak data akan diperoleh pada masa akan datang tetapi dapatan awal sudah cukup memberangsangkan.

Pada masa sama, kajian di Scotland menunjukkan suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech dan Oxford-AstraZeneca berjaya mengurangkan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital.

Kajian diterajui Universiti Edinburgh mendapati, menjelang minggu keempat selepas suntikan dos pertama vaksin Pfizer, risiko dimasukkan ke hospital berkurangan sehingga 85 peratus dan 94 peratus bagi vaksin Oxford-AstraZeneca.

Ketua penyelidik, Prof Aziz Sheikh, berkata hasil kajian itu membuatkan mereka optimis mengenai kejayaan kempen vaksinasi.

“Kita kini mempunyai bukti bahawa vaksinasi dapat memberi perlindungan daripada COVID-19 dan keperluan rawatan di hospital.

“Kempen vaksinasi global harus disegerakan bagi membanteras pandemik yang dahsyat ini,” katanya.

Penyelidikan itu menggunakan data pesakit bagi mengesan penularan wabak dan keberkesanan program vaksinasi semasa, membabitkan keseluruhan 5.4 juta penduduk Scotland antara 8 Disember lalu hingga 15 Februari tahun ini.

Pasukan penyelidik berkata dapatan mereka boleh diguna pakai bagi negara lain yang menggunakan vaksin Pfizer dan Oxford-AstraZeneca. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks