Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Perhilitan Negeri Sembilan pasang perangkap beruk liar

Perhilitan Negeri Sembilan pasang perangkap beruk liar

Seremban: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan memasang perangkap bagi menangkap beruk dan kera liar di sekitar Kampung Chuai Hlir, Rembau, dekat sini.

Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, tindakan itu bagi mengelak kejadian lebih serius selepas laporan seorang warga emas cedera di kedua-dua belah tangan dan kaki akibat diserang seekor beruk, di kampung berkenaan, semalam.

Beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengenal pasti punca serangan beruk ke atas mangsa.

 

“Kita bertindak pantas dengan memasang perangkap bersaiz besar mulai petang semalam sebaik menerima laporan kejadian mangsa dibaham beruk.

“Kita akui kampung berkenaan terletak dalam kawasan habitat beruk dan terdapat banyak kumpulan binatang di situ, bagaimanapun kami tidak pernah menerima aduan mengenai berlaku kacau ganggu beruk, sebelum ini.

“Setakat pagi tadi, perangkap itu sudah berjaya memerangkap 10 ekor beruk,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam, Zaiton Md Jidin, 65, dari kampung berkenaan dikejarkan ke Hospital Rembau bagi mendapatkan rawatan awal selepas dilaporkan diserang beruk.

Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bagi rawatan lanjut.

Mengulas mengenai rampasan seekor Ungka Tangan Putih daripada individu di Kuala Pilah pada 10 Februari lalu, Wan Mat berkata, kes itu masih dalam siasatan.

Beliau berkata, lelaki berusia 50an itu didapati memelihara ungka berkenaan tanpa kebenaran dan menyalahi undang-undang.

“Lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 68 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Manakala ungka berkenaan sudah dibawa ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai, Perak bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan,” katanya. – Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks