Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Dua warga emas disyaki seludup petrol ke negara jiran

Dua warga emas disyaki seludup petrol ke negara jiran

TANAH MERAH – Dua warga emas ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan 500 liter cecair yang dipercayai petrol dalam satu serbuan di pengkalan haram Nurut, Bukit Bunga, awal pagi Jumaat.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Daerah Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, penahanan dilakukan sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Rejimen Sempadan Batalion Ke-4 Kem Gerik ketika rondaan di kawasan berkenaan.

Dua buah kenderaan yang dipenuhi 50 tong minyak petrol dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

Ahmad Azizi memberitahu, dua lelaki berusia 64 tahun itu disyaki menyeludup bahan bakar itu ke negara jiran.

Menurutnya, kegiatan tersebut dikesan ketika anggota tentera sedang melakukan rondaan dan menemui dua buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dipenuhi 50 tong berisi cecair yang dipercayai petrol. Jumlah nilai rampasan ialah sebanyak RM3,484.30.

“Kedua-dua warga emas itu disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Azizi berkata, pihaknya sentiasa optimis menjalin kerjasama dengan agensi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan barang kawalan terutama ke Thailand. – Sinar Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks