Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Bisnes PORSCHE BINA KILANG DI KEDAH?

PORSCHE BINA KILANG DI KEDAH?

KUALA LUMPUR – Porsche AG akan mendirikan kilang di Malaysia dalam usaha pembuat kereta Jerman itu menjadikan negara ini sebagai hab di Asia Tenggara, lapor akhbar, The Edge, yang memetik individu yang arif dengan perkara tersebut.

Porsche akan bergandingan dengan Inokom Corp., unit Sime Darby, dalam usahasama itu yang mana kilang berkenaan akan ditempatkan di Kedah.

Kemudahan tersebut merupakan kilang pemasangan pertama syarikat itu di luar Jerman, menurut laporan tersebut seperti dipetik Bloomberg.

Langkah Porsche itu akan memberi lonjakan seperti yang diharapkan Malaysia yang ditinggalkan Indonesia dan Thailand dalam menarik pelaburan besar yang dilakukan pembuat kenderaan global.

Timbalan Pengarah Porsche (Komunikasi Korporat), Christian Weiss berkata, Asia Tenggara berpotensi besar dan syarikat berkenaan terus mengkaji pilihan yang ada untuk berkembangan masa depan dalam pasaran itu. – MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks