Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa DoJ SERAH WARAN RAMPAS AS$330 JUTA BERKAITAN 1MDB

DoJ SERAH WARAN RAMPAS AS$330 JUTA BERKAITAN 1MDB

LONDON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sudah menyerahkan waran kepada sebuah firma guaman terkemuka London dalam usaha merampas ratusan juta dolar didakwa hasil penipuan antarabangsa besar-besaran yang disimpan bagi pihak pelanggan.

Menurut rekod mahkamah yang dilihat oleh akhbar The Guardian, Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) United Kingdom (UK) menyerahkan waran itu di pejabat firma guaman elit Clyde & Co di London bagi pihak DoJ.

Waran itu, yang ditandatangani oleh hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenal pasti “defendan” sebagai AS$330 juta (£243 juta) yang berada di bawah simpanan Clyde & Co dalam akaun bank di cawangan NatWest di bandar itu.

Permohonan yang dibuat melalui waran itu menyatakan ia adalah ‘warrant in rem’ iaitu perintah yang digunakan untuk merampas harta atau aset diserahkan kepada firma itu pada 29 Oktober tahun lalu bagi mendapatkan wang berkenaan.

DoJ mendakwa wang itu berasal dari penipuan yang kompleks terhadap dana pelaburan syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) milik kerajaan Malaysia yang diselewengkan lebih AS$4 bilion melalui pengubahan wang haram untuk membayar sogokan dan membiayai gaya hidup mewah pelakunya.

Pihak berkuasa AS dan Malaysia terus berusaha mendapatkan wang daripada penipuan berkenaan, dengan sejumlah besar digunakan untuk membiayai filem Hollywood dan membeli barangan mewah termasuk kapal layar berharga AS$250 juta dan lukisan terkenal Van Gogh dan Monet.

Pendakwa raya pengubahan wang haram DoJ mendakwa wang yang dipegang oleh Clyde & Co adalah baki daripada fasa pertama penipuan 1MDB yang diseleweng berjumlah AS$1 bilion.

Menurut pendakwa raya, wang sejumlah AS$700 juta digunakan untuk “kepuasan peribadi pelaku 1MDB” sementara AS$300 juta ‘dialihkan’ kepada usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi, iaitu sebuah syarikat minyak yang ditubuhkan oleh ahli perniagaan Saudi Tarek Obaid dengan seorang kerabat diraja Saudi.

DoJ pertama kali menuduh PetroSaudi terbabit dalam penipuan itu pada 2016 dan kemudian mendakwa Obaid sebagai anggota utama dalam mengatur dan mengaut keuntungan daripada skim berkenaan.

Obaid, yang didakwa tahun lalu di Malaysia atas tuduhan berkaitan penipuan itu secara konsisten menolak sebarang salah laku.

Hubungan Clyde & Co dengan PetroSaudi bermula sekitar 2015, ketika firma guaman itu mulai mewakili PetroSaudi dalam perselisihan dengan syarikat minyak Venezuela, PDVSA, berhubung isu invois yang tidak dibayar. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks