Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Lanjut reman ibu, bapa tiri mangsa dera

Lanjut reman ibu, bapa tiri mangsa dera

Melaka: Polis melanjutkan tempoh tahanan reman selama tujuh hari ke atas ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak lelaki tujuh tahun, yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini, minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka Asisten Komsioner Mohd Sukri Kaman berkata, tempoh tahanan reman pasangan suami isteri itu yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 12 Feb depan, bagi melengkapkan siasatan.

“Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 29 Jan lalu, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun, di Taman Krubong Jaya di sini.

Kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian pada kira-kira 4 petang, namun siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin, Isnin lalu. – Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks