Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Bapa tiri budak mangsa dera pernah didakwa cederakan isteri

Bapa tiri budak mangsa dera pernah didakwa cederakan isteri

AYER KEROH: Bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera, Jumaat lalu, pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata suspek yang kini direman tujuh hari, pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 8 September tahun lalu, tetapi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

“Lelaki itu pernah didakwa kerana memukul isteri yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak yang meninggal dunia itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, di sini hari ini.

Abdul Majid berkata, setakat ini, polis masih melengkapkan kertas siasatan kerana terdapat beberapa perkara perlu diteliti sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Suspek lelaki berusia 38 tahun bersama isterinya berusia 32 tahun itu direman tujuh hari sejak Sabtu lalu selepas dipercayai mendera kanak-kanak terbabit sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat lalu, kanak-kanak terbabit ditemui lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah mereka dengan terdapat kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Jenazah yang dituntut waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Kampung Simpang Bekoh, Jasin, Isnin lalu. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks