Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Sukan Bola Sepak LUQMAN TAK KISAH TUKAR NOMBOR JERSI

LUQMAN TAK KISAH TUKAR NOMBOR JERSI

KUALA LUMPUR: Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin menegaskan dia tidak kisah mengenai nombor jersi yang dipakai bersama KV Kortrijk.

Ia selepas jersi ‘nombor 9’ KV Kortrijk yang sebelum ini disarung pemain muda itu kini diberikan kepada legenda kelab Belgium itu, Teddy Chevalier.

Luqman berkata pertukaran nombor jersi itu tidak menimbulkan sebarang masalah dan ia juga tidak membabitkan keputusan daripada pengurusan kelab terbabit.

Sebaliknya, dia sendiri dengan rela hati menyerahkan nombor jersi itu kepada Chevalier yang sebelum ini menjadi nombor keramat penyerang berusia 33 tahun itu bersama KV Kortrijk.

“Memang ada tukar (nombor jersi) dengan Teddy iaitu legenda KV Kortrijk. Bukan pengurusan kelab yang tukar, tapi kami sendiri yang sepakat buat keputusan ini.

“Saya pun kurang bermain, jadi apa salahnya saya bagi penghormatan pada dia sebab dia pun sudah lama dengan KV Kortrijk selain menjadi penjaring gol terbanyak. Jadi saya bagi penghormatan pada dia.

“Dia pun minta kebenaran saya nak tukar sebab nombor itu sebelum ini nombor keramat dia di KV Kortrijk. Saya pun muda lagi, tak kisahlah pakai nombor berapa pun.

“Benda ini tak jadi masalah, tiada nak risau apa, hanya tukar nombor saja. Cuma segelintir rakyat Malaysia yang buat jadi masalah sampai ada yang pergi tanya dekat ‘page’ KV Kortrijk,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Semalam, BH Sukan melaporkan jersi ‘nombor 9’ KV Kortrijk tidak lagi menjadi milik Luqman dan penyerang kelahiran Kota Bharu, itu bakal menggunakan jersi nombor 99. Chevalier kembali menyertai KV Kortrijk buat kali ketiga tahun ini selepas kali pertama pada 2013 hingga 2015 dan kali kedua pada 2017 hingga 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks