Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa SINGAPURA GANTUNG RGL 3 BULAN

SINGAPURA GANTUNG RGL 3 BULAN

SINGAPURA: Singapura akan menggantung peraturan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dengan tiga negara termasuk Malaysia selama tiga bulan mulai Isnin ini, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu hari ini.

Dua negara lain ialah Jerman dan Korea Selatan, menurut MFA dalam satu kenyataan di sini.

“Kerajaan Singapura akan mengkaji semula peraturan RGL pada penghujung tempoh penggantungan,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu memaklumkan bahawa pelawat yang diluluskan untuk memasuki Singapura di bawah peraturan itu boleh terus melakukannya.

MFA turut menyatakan bahawa kerajaan Singapura akan terus memantau situasi global dan menyesuaikan langkah-langkah sekatan sempadannya bagi menangani risiko kes import COVID-19 dan penularan jangkitan kepada komuniti.

Sebarang perubahan pada langkah sekatan sempadan akan dikemas kini di laman web SafeTravel dan pelawat disaran supaya melayari laman web itu untuk mengetahui langkah terkini yang dikeluarkan, menurut MFA.

Selain tiga negara berkenaan, Singapura turut melaksanakan peraturan RGL dengan Brunei, Indonesia, Jepun dan enam wilayah di China.

RGL bertujuan memudahkan perjalanan merentas sempadan bagi jangka masa pendek untuk tujuan perniagaan penting dan perjalanan rasmi.

Setakat 29 Januari Singapura melaporkan 59,449 kes positif COVID-19 dengan 2,628 diklasifikasikan sebagai kes import, 2,313 kes dalam komuniti dan 54,508 membabitkan penghuni asrama. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks