Wednesday, March 3, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara ANGGOTA POLIS MARIN DIDAKWA DENGAN 101 TUDUHAN LAGI

ANGGOTA POLIS MARIN DIDAKWA DENGAN 101 TUDUHAN LAGI

IPOH: Anggota polis marin berpangkat koperal yang didakwa atas 43 tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam, didakwa atas 101 lagi pertuduhan rasuah di mahkamah sama hari ini membabitkan wang tunai berjumlah RM243,040 yang diterima antara tahun 2016 hingga 2019.

Zubairi Abd. Mutalib, 60, yang bertugas sebagai ketua jentera bot ronda yang berpangkalan di Kampung Acheh, Sitiawan bagaimanapun tidak mengaku salah atas semua pertuduhan dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Dia dituduh menerima wang tunai daripada tujuh individu berjumlah antara RM7,285 hingga RM123,390 antara Mei 2016 hingga Julai 2019.

Wang tunai itu diterima tertuduh sebagai dorongan untuk tidak melakukan suatu perbuatan perhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya untuk tidak mengambil tindakan terhadap beberapa bot nelayan milik individu terbabit sepanjang tempoh itu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Zubairi turut didakwa dengan pertuduhan  pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Untuk kesemua 144 pertuduhan, Zubairi didakwa sudah menerima sebanyak RM389,390 wang tunai membabitkan lapan individu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhamad Aizad Fakhri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM48,000 bagi kesemua 144 pertuduhan termasuk 43 pertuduhan yang dikenakan semalam dengan seorang penjamin.

Pendakwaan 101 pertuduhan terhadap Zubairi mengambil masa selama hampir 4 jam bermula jam 9 pagi dan ditangguhkan beberapa kali dan selesai pada pukul 1 tengah hari.

Mahkamah menetapkan 31 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. -UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

SUAMI ISTERI MOHON SIMPATI, PERLUKAN RM20 RIBU LAKUKAN PEMBEDAHAN

KLUANG: Suami isteri di Taman Renggam Jaya, di sini memohon ihsan pihak yang bersimpati dengan mereka kerana memerlukan kos pembedahan sebanyak RM20,000. Shahril Painoh,...

JDT ‘REMBAT’ PEMAIN BRAZIL

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak terbaik negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani seorang pemain Brazil, Bergson da Silva. Pemain Brazil berkenaan ditandatangani daripada pasukan...

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin Foto: Ezreen Abd. Talip KOTA TINGGI - Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit. Itulah keadaan dialami seorang wanita,...

PANDANG SERIUS KENYATAAN SAJAT – MUFTI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks