Wednesday, March 3, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 3 GENG PECAH RUMAH HANYA 'GEMBIRA' SEKETIKA

3 GENG PECAH RUMAH HANYA ‘GEMBIRA’ SEKETIKA

 
KULAI: Tindakan pantas pasukan polis negeri ini berjaya menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang dipercayai melakukan jenayah pecah rumah dan samun dalam tempoh kurang satu jam.
 
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, tangkapan itu dibuat hanya kira-kira 10 minit selepas pihaknya menerima aduan daripada mangsa pada pukul 12.50 pagi, semalam.
 
Menurut beliau, mangsa membuat panggilan memaklumkan kediamannya di Jalan Selendang 19, Taman Mewah, di sini dipecah masuk.
 
“Ekoran laporan itu, sepasukan anggota daripada Team Lejang telah membuat serbuan di dua lokasi berbeza hanya berselang kira-kira 10 minit kemudian.
 
“Daripada serbuan berkenaan, polis berjaya menahan tiga suspek termasuk seorang wanita berusia antara 29 hingga 33 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Selain itu, polis turut merampas beberapa barangan antaranya seutas jam tangan, satu batang perengkuh paip, satu tabung berisi wang syiling dan dua buah motosikal.
 
Tambah Beng Yeow, siasatan lanjut yang dibuat mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan perlakuan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
 
“Kedua-dua suspek lelaki mempunyai 15 rekod lampau manakala suspek wanita pula mempunyai 25 rekod lampau.
 
“Polis masih menjalankan siasatan bagi memastikan penglibatan ketiga-tiga suspek dalam kes jenayah lain,” ujarnya.
 
Beng Yeow turut memberitahu, kesemua suspek kini dikenakan reman selama satu hari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

SUAMI ISTERI MOHON SIMPATI, PERLUKAN RM20 RIBU LAKUKAN PEMBEDAHAN

KLUANG: Suami isteri di Taman Renggam Jaya, di sini memohon ihsan pihak yang bersimpati dengan mereka kerana memerlukan kos pembedahan sebanyak RM20,000. Shahril Painoh,...

JDT ‘REMBAT’ PEMAIN BRAZIL

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak terbaik negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani seorang pemain Brazil, Bergson da Silva. Pemain Brazil berkenaan ditandatangani daripada pasukan...

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin Foto: Ezreen Abd. Talip KOTA TINGGI - Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit. Itulah keadaan dialami seorang wanita,...

PANDANG SERIUS KENYATAAN SAJAT – MUFTI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks