KUALA LUMPUR – Pelakon, Edika Yusof dan isteri, Nor Hidayah Yusri berkongsi kegembiraan meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-18 mereka secara sederhana walaupun 16 tahun hidup bersama dalam kekurangan.
Menerusi perkongsian di Instagram milik Edika, 54, dia menitipkan ucapan romantis bahawa dia merupakan suami yang bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya.
Kesetiaan Edika mendapat pujian apabila hero filem Maria Mariana itu sanggup berkorban untuk menjaga isterinya yang lumpuh selama 16 tahun.
Edika yang sebelum ini juga model mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Nor Norhidayah dan setia sehingga hari ini. – MalaysiaGazette